Kawan-Kawan

Powered by Blogger.

Inilah Permulaan

1 disember 2014 yang lepas, SEEDS buat satu majlis yang sangat best and awesome for science education students sambil meraikan pelajar part 8... dan ini adalah sajak hadiah daripada Iqa wat mereka semua ;)

Sajak ciptaan jam 1 pagi untuk semua........

INILAH PERMULAAN

Pertama kali kaki melangkah kesini
Aku terfikir
Inilah kebun kehidupan pendidik
Disinilah tempat permulaan
Daripada ungu ke kuning merah
Terlalu banyak cerita tentang kami
Yang kami cipta disini.

Terima kasih guru budiman
Berkorban tenaga, keringat, fikiran dan mungkin air mata buat kami
Mendidik kami erti pendidikan yang sebenar
Membuka mata kami
Membawa kami ke lading ilmu
Menyemai benih pendidik
Disirami keringat peluhmu

Terima kasih teman
4 tahun kita disini
4 tahun kita bersama
4 tahun kita berusaha menyuburkan tanaman guru
Gelak, ketawa, menangis bersama.

Tapi teman,
Kebersamaan ini tak selalunya ada
Kebersamaan hanya dongengan semata
Disetiap pertemuan ada perpisahan
Disetiap permulaan ada penamatnya.

Buatmu adik,
Jangan pernah putus asa
Bina kenangan bersama
Gelak ketawa menangis, asam garam kehidupan
Rasa peritmu aka nada manisnya
Percayalah kata ini.

Adik….
Kami wasiatkan kepada mu
Hargai guru
Jaga guru buat kami
Supaya akan sentiasa ada tanaman diladang ilmu ini
Yang dapat merasai apa yang kita rasai.

Ini bukan pengakhiran tapi ini satu permulaan
Sabat-sahabatku…
Ayuh pegang erat tangan ku
Kita bersama melangkah dengan penuh bergaya
Suburkan tanaman guru
Kongsikan segala ilmu

TERIMA KASIH SEMUA.. MAAF ATAS SEGALA KETERLANJURAN

Nukilan: Wakil part 8,Batch Disember 2010.
* guru= semua pensyarah Fakulti pendidikan, khususnya SEEDS. Terima kasih pensyarah
*adik= semua juniors


-Qasrina Afiqah (^^,)

No comments:

Post a Comment