Kawan-Kawan

Powered by Blogger.

Berbaur.... Nostalgia Penangguhan PAPP


Assalamualaikum wbt...

Perasaan ni berbaur..
Aku tak pasti sama ada aku gembira, marah, geram atau kecewa..
Tapi sedikit sebanyak aku lega...

Sebulan yang lalu...
Proposals yang aku hantar ade 2. 1 lepas dan 1 lagi hanya akan lepas kalau aku tukar tempat...
Jadi kami decide untuk hold the proposal y lepas bersyarat tu untuk semester depan..
Perasaan itu... Sukar untuk diluahkan..
yang pasti sewaktu dalam proses siapkan proposal tu aku "sakit"..
Umi cakap aku "kehilangan" semangat... Sebabnya aku sudah mula tak berkongsi. Semuanya aku pendam sendiri..
Banyak kali aku surrender.. Tapi bila mereka terkesankan apa yang telah berlaku pada aku, mereka mula memberikan semangat dan sokongan kepada aku..

Waktu tu cuma satu yang aku fikir..
Aku buat untuk kebaikan..
Aku buat sebab aku mahukan kepuasan..
Selama ni aku ade idea tapi aku tak buat dan akhirnya hanya tinggal sebagai buah fikiran
Cuma satu kata-kata yang membuatkan aku tersedar
JIKA KITA MAHUKAN KEJAYAAN KITA HARUS MULAKAN..
Lalu aku mulakan langkahku...

Tapi baru-baru ni aku dapat tau yang proposal yang telah lepas tu pun kena tangguhkan ke semester depan..
Aku tak sedih tapi aku lega.. Lagipun banyak masalah yang perlu aku hadapi...
Dan tapi ada satu perasaan yang tak dapat aku ungkapkan..
Mungkin sebab itu..
Sebab kenapa aku masih disitu..

Aku minta untuk tarik diri daripada organisasi..
Cuma ketua pada waktu kata aku perlu laksanakan idea aku.. Kemudian bolehlah aku keluar..
Tapi sekarang aku dah rasa lain.. Idea aku semakin bertambah..
Semuanya aku fikirkan demi kebaikan..
Aku nak buat.. Macam-macam aku nak buat..
Tapi aku tertanya-tanya, mampukah aku?

Sepanjang aku bekerja untuk merealisasikan program tu pun macam-macam yang perlu aku lalui..
Hampir setiap kali selepas berjumpa lecturers mesti aku menangis.. Sebabnya aku rasa aku banyak kelemahan..
I tried my best to do the best. But I did not know what is the best way to solve it..
Apa-apa pun aku sangat berterima kasih pada mereka-mereka yang sering membantu aku dan tak pernah lelah bagi tunjuk ajar kepada aku. Thank you so much Sirs and my committee members...

PROSES PEMBELAJARAN ITU SANGAT INDAH DAN AKU TAKKAN MENGAKU KALAH LAGI ^_^~

-Qasrina Afiqah (^^,)

No comments:

Post a Comment